Friday 9 October 2015 0 comments

Hati aku yang terluka

Sebelum ku buka lembaran baru
Untuk menghapus setiap lembaran yang terisi
Aku ingin mengingat satu hal tentang dirimu
Dimana kamu pernah menjadi sebuah tulisan
Yang terukir dalam hati ini
Aku ingin mengingatmu dengan kesungguhan ku
Agar setelah ku buka lembaran baru
Aku akan lupa tentang dirimu…

Tahukah kamu…
Aku pernah menyempatkan kamu untuk menempati hatiku
Menjadikan hatiku tempat terakhirmu
Dan aku tak ingin mengisinya dengan yang lain
Kerana aku bersungguh menginginkan dirimu tinggal disitu
Untuk kau warnai, menjadikannya terang
Memberikan ribuan bunga
Di setiap pagi dan hari-hari yang indah
Menjadikan hatiku begitu berwarna dan nyaman disisimu
Aku tak ingin itu semua berlalu

Namun hati mu berkata lain
Kau begitu bosan akan semuanya
Kau inginkan rumah yang baru
Hingga kau tancapkan luka yang begitu mendalam

Sekarang, lembaran baru telah hampir ku buka
Jikalau kau ingin menempatinya lagi
Maaf aku tak bisa
Lembaran yang telah lalu
Akan ku bakar menjadi sebuah debu
Yang habis berterbangan bersama angin…

Semoga kau bisa dapatkan tempat terindah
Seperti yang kau inginkan
Tak seperti ku yang kau sia-siakan
Yang kau inginkan saat kau perlukan tempat persinggahan

Aku hanya ingin jadi sebuah rumah
Yang ditempati oleh seseorang
Yang mempunyai kesungguhan dan niat
Untuk menjadikan ku tempat tinggal terakhirnya…

Aku duduk terdiam di tengah kesunyian
Menatap langit yang enggan berbicara
Entah mengapa ia diam membisu seribu bahasa
Apakah ia juga tahu akan kesedihan ku?

Luka yang selama ini aku pendam
Sakit yang sangat mendalam
Sakit yang tak bisa terbendung lagi
Bagaikan pisau menggoreskan luka

Kau pergi bersama semua kenangan
Jauh.. Jauh dan semakin jauh..
Meninggalkan aku sendiri
Bersama luka di dalam hati..

Yang Benar,
Abu_Ahmed



Thursday 1 October 2015 0 comments

Nasihat dari seorang sahabat

Semalam aku tengah layan feeling sorang² (maklum lah baru putus cinta), tiba² dapat call dari sahabat dunia akhirat aku ajak keluar.

"Waaaa. Ini tanda² akhir zaman ni. Bukan senang nak dapat dia call. Lau tak, manjang aku je yang call. Tu pon tak pernah nak berangkat" desas hati aku.

So dipendekkan cerita, aku pon keluar jugak lah dengan dia, dengan syarat dia pick up aku. Ya la, orang putus cinta ni macam orang mabuk. Kau bagi dia drive, penghujung dia dua ja. Sedar² ada kat spital atau sedar² kat lokap. Temankan sahabat aku nih pergi buat dia punya vape tu la. Entah apa benda aku pon tak tau. Jangan tanya aku, aku sepak pakai selipar nanti. Aku cakap aku tak tahu.

Lepas settle urusan dia, kitorg pon pergi minum. Tapi perbualan kitorang tak rancak disebabkan fikiran dan emosi aku masih terganggu. Tambah lagi disebabkan aku nak muntah. Mana tak nya, disumbatnya aku dengan burger ayam double, double cheese. Lepastu nasi goreng kambing nasi lebih, air 100 plus perisa lemon, ngan air suam. Kau bagi rimau pon, rimau leh tersadai tepi sangkar dek kenyang. Kau jalan depan dia pon dia buat dek je.

"Bro, kadang² aku rasa tuhan ni bergurau dengan hidup aku. Kenapa mesti Dia temukan kita dengan orang yang bukan jodoh kita?" tanya aku diikuti dengan perasaan sebak dan putus asa.

Sambil dia meratah kambing yang ada ditangan dengan gelojoh segolojoh gelojohnya, dia jawap "Kau kene ingat bro. God created people for 2 reasons.  Whether you learn something from them. Or they learn something from you. Sekurang-kurangnya kau dah belajar yang sebaik mana pon seseorang itu, jangan sesekali menaruh kepercayaan pada dia."

Dia meneruskan lagi sambil cuba menggigit sisa² daging kambing yang ada kat tulang, "Ingat pesan aku. Berkawan dengan manusia ni, ibarat kau membela harimau. Baik mana pon harimau itu, sejinak mana pon harimau tu, dengar cakap macam mana pon, kau kene ingat dia tu harimau. Sebab lumrahnya, harimau akan makan orang bila dia lapar. Begitu juga dengan manusia, sebaik mana pon orang yg kau kenal tu, jangan percaya 100%. Kerana lumrah manusia itu, akan makan kau dari belakang bila tiba masa kau tak diperlukan lagi. Jadi, no point untuk kau terus ingat dan fikirkan dia."

"Tak semudah itu bro. Terlalu banyak kenangan aku dan dia. Kemana aku pergi, dari mula aku membuka mata, sampai lah nak tutup mata semula, aku asik teringatkan dia. Kenangan kami terlalu banyak!"

Pelan² dia amik nasi goreng kambing aku yang tak habis tadi, then dia jawap, "Betul. Kenangan itu memang tak boleh dipadam. Tak boleh dihilangkan. Tapi kau boleh menutup sesuatu kenangan itu dengan mencipta kenangan yang lebih besar dan hebat. Sekarang kau rasa tersiksa disebabkan kau masih hidup didalam kenangan kau dan dia. Cuba kau cipta suatu kenangan yang jauh lebih besar dari kenangan tu. Mesti kau dapat lupakan dia."

"Sentiasa percaya pada ketentuan dan rancangan Allah. Pasti dia mempunyai rancangan yang lebih besar utk kau. Jangan berhenti dan berputus asa kerana cinta. Kerana apa yang ada digenggamannya, tiada siapa yang tahu." Lepas 2 3 minit dia sendawa kekenyangan, dia capai pulak burger dia, daging double special. Dalam hati aku, "betul² macam setan kau makan malam ni." Duit dia, lantak dia la nak makan apa. Apa aku sibuk. Hahaha.

Lepas abis dia makan, aku ajak dia balik. Sebab kalau duduk situ lama lagi, dia nak order roti telur pulak. So aku cepat² ajak balik.

Sejak malam tadi, hati aku tenang sangat setelah dapat nasihat dari dia. Nampaknya, aku kena belajar lagi untuk ikhlas melepaskan. Supaya hati ini tak lagi tersiksa.

Teringat pesanan keramat sorang hamba Allah ni, sahabat aku juga.

"Hati, jika tersasar mengada-ngadanya sehingga berduka cita dgn ketetapan Allah, ingatkan lah dia. Hati itu raja, jika Raja mengada-ngada, maka susahlah rakyat jelata."

Maka terus lah aku melangkah dalam meneruskan kehidupan sambil berharap supaya Allah temukan aku dengan jodoh aku yang sebenar. Sementara itu, moga aku dapat perbaiki diri aku kepada yang lebih baik. 

p/s: Thanks bro sebab tak pernah penat (aku tau kau penat) memberi nasihat kat aku. Moga kau sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

Yang Benar,
Abu_Ahmed


Thursday 17 September 2015 0 comments

Kehilangan

Aku kehilangan orang yang aku cinta buat kedua kalinya. Aku tak tahu apa silapnya, tapi tiba² hubungan aku dengannya terhenti di separuh jalan setelah setahun berlayar meredah lautan cinta.
Aku tak nak cerita bagaimana dan apa sebabnya, sebab aku sendiri tak tahu.

Yang aku nak cerita dan kongsikan disini, hati aku betul² sedih dan sakit. Fitrah, semua manusia inginkan hidup bahagia bersama yg tercinta. Apabila kita kehilangannya, pasti akan membuat kita rasa sangat sedih. Tapi apa boleh dibuat, kita merancang, takdir Allah menentukan segala-galanya.

Umur aku da 24 tahun. Lagi berapa bulan, akan meningkat ke 25. Pada umur ini, apa yang terlintas di hati hanya lah hidup bahagia bersama pasangan tercinta. Maksud aku, kahwin. Jadi, aku sentiasa serius dalam menjalani hubungan. Langsung tak pernah terlintas difikiran untuk mempermainkan apatah lagi menyakitkan hati pasangan. Tapi, balasan yang aku terima, berlawanan dengan apa yang patot aku terima. Bukan lah berniat utk mempersoal dan mempertikaikan ketentuan Allah. Tapi, sedikit sebanyak ianya membuatkan aku sangat kecewa dengan ragam manusia yang tak pernah jujur dalam perhubungan.

Mungkin juga ada salah silap aku yang aku sendiri tak perasan. Jadi, aku hanya boleh memaafkan. Dan terus berjalan di dunia ini tanpa paksaan. Bak kata orang tua-tua, "dah takde jodoh".

Tulisan ini, aku coretkan, hanya lah untuk mengurangkan rasa sakit dan sedih di hati ini. Bukan lah untuk membenci dan memberi tahu aku lah yang terbaik. Kerana manusia takkan sunyi dari kesilapan. Setiap hubungan yang bermula, pasti ada akhirnya. Moga selepas ini, aku kuat dan tabah dalam menghadapi perasaan yang terluka ini.

Pada yang tersayang, moga kau bahagia dan dapat apa yang kau kejarkan selama ini.
Semoga Allah sentiasa meletakkan kau didalam cintaNya, ketika aku tak lagi dapat menyintai kau.

Wassalam.

Yang Benar,

Abu_Ahmed
Thursday 25 June 2015 0 comments

My Love

Okay, disebabkan aku da berjanji kat entri yang lepas untuk ceritakan serba sedikit tentang si dia, so aku terpaksa menunaikan janji aku.

Kali pertama aku jumpa dia, ketika aku dan dia sama-sama mendaftar diri di pejabat pengurusan kolej. Waktu tu, dia dan 3 orang perempuan lagi baru datang dari airport KLIA (sebab dia orang Iban dari Sarawak), terus ke kolej. Kire nya, aku ni Lelaki Melayu Pertama lah yang dia nampak setibanya dia ke Kuala Lumpur, bumi yang sesak ni.

Lumrah lelaki, bila nampak perempuan lawa, apa lagi, time tu lah nak perkemaskan langkah, rambut sikat tepi, berdehem 2 3 kali untuk menunjukkan suara kita merdu, dan sebagainya. Termasuk lah aku. Tapi aku hanya sempat perkemaskan langkah. Aku tak dapat teruskan step seterusnya, sebab imaginasi aku ketika itu terhalang bila aku terdengar suara ayah aku yang kuat dan memecah kesunyian. Satu pejabat dengar suara dia. Kenapa ayah aku ada disitu? Sebab aku gi daftar kolej ngn ayah aku. Anak ayah la katakan. Hehehehehhehehehehe.

Akhirnya, setelah berbulan kami berkenalan, aku mulai jatuh cinta. Fall in love la bak kata omputeh.
Tanggal 1 bulan 8 tahun 2014, aku melamar si dia untuk menjadi kekasih aku. Itu lah kali pertama aku bersikap jujur dengan perasaan aku sendiri. Dan yang membuatkan aku rasa special, dia menerima lamaran aku. Waaahhhhhhh! Time tu, aku rasa nak berhentikan kereta, parking tepi highway, lari ke tengah highway and jerit "YESSSSSSSSS!" Tapi yang aku mampu buat cuma senyum.

Mulai dari hari itu, aku terus berpacaran dengan si dia, hingga lah sekarang. Aku berdoa, semoga percintaan kami ini berlanjutan sehingga kami diijab kabul kan. Dan bahagia sehingga akhir hayat kami.


Siti. (bukan nama sebenar)

Itu lah dia serba sedikit cerita pasal si dia. Maaf, namanya aku rahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
Doa kalian agar kami dipanjangkan jodoh, hanya Allah yang akan membalasnya kelak. InsyaAllah. ;)

Yang Benar,
Abu_Ahmed

0 comments

Setelah Sekian Lama, I'm Back!

Wewww.. 2 tahun setengah aku meninggalkan dunia penulisan blog ni. Akhirnya, hari ini aku kembali menulis entri yang akan membuat aku tersenyum dan akan membuatkan korang menyampah membacanya. HAHA. Tak apa, macam biasa, tak suka, dipersilakan gerakkan cursor korang dan tekan butang X. Hehe.

Ada tak yang nak tahu cerita pasal aku sekarang? Tak ada kan. Tak apa, aku tahu. Sebab blog aku ni untuk aku sorang. Bukan untuk korang. Kahkahkahkah

Sekarang, aku adalah pelajar. Pelajar di sebuah kolej tempatan, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernectics di Taman Maluri, Cheras, KL. Aku mengambil keputusan untuk menyambung belajar semula atas hasutan ayah aku, dan ikutan dari perasaan jeles yang tinggi dan membuak-buak dalam diri aku. Sebab kawan-kawan aku semua nya dah habis degree. Dan ada yang sambung Master. Tapi aku percaya, masing-masing telah dikurniakan rezeki masing-masing. :)

Kat kolej, aku adalah orang kedua paling tua. Yang pertama, abang aku sendiri. Ya, kami masuk kolej itu sama-sama. Kolej yang sama, jurusan (Diploma Syariah) yang sama, kelas yang sama. Cuma kedatangan aku dan dia ja yang tak sama. Sebab aku kuat ponteng. Wakakaka. Tapi walau kuat ponteng, 2 sem turut-turut aku dapat anugerah dekan. Tak ada apa yang nak dibanggakan pon, sebab apa yang aku belajar di sini, semuanya aku dah belajar waktu form 1 dulu. Tak percaya? Peduli apa aku.

And the great news is, aku sudah punyai pacar yang baru. Budak kolej yang sama, cuma lain jurusan.
Kalau nak tahu pasal si dia, tunggu entri yang seterusnya. Hihi.

Ok, disebabkan hari ini aku berpuasa (sekarang bulan Ramadhan), maka aku memutuskan untuk berhenti mengarut.

See ya!

Yang Benar,
Abu_Ahmed


Thursday 7 February 2013 0 comments

Tentang Aku...

Ya. Cerita tentang aku. Ofcoz la cerita tentang aku, sebab ini blog aku. Ape kejadahnya aku nak cerita pasal korang plak kan? Peringatan! Sekiranya korang semua tidak mahu baca, mahupun rasa meluat dengan entri ini, aku sarankan gerakkan cursor korang ke hujung atas disebelah kanan dan klik pada butang "X".

1. Nama Aku.

Nama yang diberikan kepada aku adalah Muhammad Hasif. Yang membawa maksud "Si bijaksana yang terpuji". Aku sendiri tak tahu siapa yang mule² memberi cadangan atau idea² yang kurang relevant tentang nama aku ini sebab aku sendiri tak nampak dimana kepujian itu terletak pada diri aku. Yang aku tahu aku cuma seorang manusia yang lemah, yang melukut ditepi gantang, yang tidak lari dari kesilapan. Apa pun, "bijaksana" itu ada pada diri aku. (Errr.. Rasanya lah..)

2. Tarikh Lahir.

Aku dilahirkan pada tanggal 23 Februari tahun 1991. Mungkin itu adalah tarikh yang membawa makna pada kedua orang tuaku kerna aku dilahirkan dalam keadaan bayi yang comel dan sweet. (Aku rasa comel dan sweet sebab aku dah tengok gambar aku time kecik². Tak tau lah kalau mak ayah aku tunjuk gambar baby jiran.) Jangan ada yang berani tanya aku tentang zodiak. "Lion" ke, "Aquarius" ke, "Pisces" ke, "Cancer" ke. Kalau aku dah maki, jangan tanya kenapa kau diserangi penyakit cancer. Atau pun dalam bahasa indonnya, kangker (barah).

3. Tinggi dan Berat.

Kali terakhir aku menimbang berat dan mengukur ketinggian aku pada tiga hari lepas. Jangan tanya pada hari apa, tarikh berapa, pukul berapa sebab aku memang tak ingat. Serius. Yang aku ingat, berat aku 125KG (takde lah berat sangat). Ketinggian aku..... Emm... 200 meter kot.. Tak pasti sebab aku tak sempat pandang.
Jangan jeles, sebab ramai yang mengatakan aku mempunyai bentuk badan yang ideal. Kenapa? Tak percaya ke?

5. Hobi

Cerita pasal hobi, aku sendiri tidak pasti. Mungkin bermain game, mungkin juga tidur, mungkin juga makan, mungkin juga bersenam (haha), dan mungkin minum nescafe sebab Nescafe Pencetus Pelbagai Kemungkinan, Kini Dengan Buih Halus. 
Maaf, teremosi plak.

6. Lain²

Aku dah mati akal nak tulis apa. So, sekiranya ada apa² nak bertanya, silakan terus berurusan dengan aku di facebook. Nama pena, Hasif Aris Al-Haj. ;)

7. Mungkin korang tak perasan sebab nombor 4 takde. Jadi, SILA TUMPUKAN PERHATIAN!

p/s:- aku mengarut korang pon baca.bagus

(Ketepikan tentang hal bulu kaki. Yang penting, aku hensem)

Yang Benar,
Abu_Ahmed


0 comments

Kali Pertama...

Ini lah pertama kalinya aku mempunyai blog sendiri. Terkial-kial juga pada mulanya nak buat benda² mengarut nih. Haha

Apa pun, akan aku gunakan blog ini untuk menulis segala pengalaman hidup aku, segala peristiwa² yang aku telah lalui ataupun akan lalui, cerita² lawak, suka duka, pahit manis, carut marut, caci maki, mahupun meluahkan segala isi hati aku ini. Dan mungkin juga sedikit sebanyak info atau berita² yang terkini.

Walaubagaimanapun, maaf diminta kepada kaum² perempuan khususnya dan kaum² lelaki umumnya, blog ini tidak akan sesekali update cerita² atau gosip² liar tentang dunia artis. ;)

Sokongan kamu semua dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Akhir kata,
"Maju lah dunia penulisan demi negara"

Yang benar,
Abu_Ahmed
 
;