Aku tak nak cerita bagaimana dan apa sebabnya, sebab aku sendiri tak tahu.
Yang aku nak cerita dan kongsikan disini, hati aku betul² sedih dan sakit. Fitrah, semua manusia inginkan hidup bahagia bersama yg tercinta. Apabila kita kehilangannya, pasti akan membuat kita rasa sangat sedih. Tapi apa boleh dibuat, kita merancang, takdir Allah menentukan segala-galanya.
Umur aku da 24 tahun. Lagi berapa bulan, akan meningkat ke 25. Pada umur ini, apa yang terlintas di hati hanya lah hidup bahagia bersama pasangan tercinta. Maksud aku, kahwin. Jadi, aku sentiasa serius dalam menjalani hubungan. Langsung tak pernah terlintas difikiran untuk mempermainkan apatah lagi menyakitkan hati pasangan. Tapi, balasan yang aku terima, berlawanan dengan apa yang patot aku terima. Bukan lah berniat utk mempersoal dan mempertikaikan ketentuan Allah. Tapi, sedikit sebanyak ianya membuatkan aku sangat kecewa dengan ragam manusia yang tak pernah jujur dalam perhubungan.
Mungkin juga ada salah silap aku yang aku sendiri tak perasan. Jadi, aku hanya boleh memaafkan. Dan terus berjalan di dunia ini tanpa paksaan. Bak kata orang tua-tua, "dah takde jodoh".
Tulisan ini, aku coretkan, hanya lah untuk mengurangkan rasa sakit dan sedih di hati ini. Bukan lah untuk membenci dan memberi tahu aku lah yang terbaik. Kerana manusia takkan sunyi dari kesilapan. Setiap hubungan yang bermula, pasti ada akhirnya. Moga selepas ini, aku kuat dan tabah dalam menghadapi perasaan yang terluka ini.
Pada yang tersayang, moga kau bahagia dan dapat apa yang kau kejarkan selama ini.
Semoga Allah sentiasa meletakkan kau didalam cintaNya, ketika aku tak lagi dapat menyintai kau.
Wassalam.
Yang Benar,
Abu_Ahmed



0 comments:
Post a Comment